Empunya diri

Empunya diri
Mohd Syahriman

Sunday, January 23, 2011

Resipi: Nasi Ayam

Nasi Ayam adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia.  Hampir ke semua gerai, restoran mahupun hotel menyajikan hidangan Nasi Ayam ini.  Anda boleh membuatnya dengan mudah, dan yang lebih penting, ianya enak dan bahan-bahannya juga mudah didapati. Lihat resepi di bawah ini:

NASI AYAM



Bahan A:
- 3 pot Beras Basmathi atau beras biasa (dibasuh dan ditoskan)

Bahan B:
- 1/2 ekor ayam (direbus dan digaul dengan sos tiram, serta kicap manis hingga rata)
- Air rebusan ayam

Bahan C: (Bahan tumisan)
- 1/2 senduk marjerin
- 1/2 senduk minyak sapi
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 1 kulit kayu manis, 3 kuntum bunga lawang dan 3 kuntum bunga cengkih serta 4 biji buah pelaga
- Daun pandan
- 5 sudu Stok ayam Maggi
- 1ketul dada ayam di kisar
Bahan D: (Sup)
- 3 bungkus sup bunjut
- Hirisan ayam atau daging

Bahan E: ( Sos)
- 3 biji cili merah
- 2 biji tomato
- 1 1/2 inci halia
- 7 ulas bawang putih
- Sedikit gula
- Sedikit cuka
- 1 mangkuk kecil sos cili

Bahan F: (Kicap)
- Air rebusan ayam
- Kicap
- 2 hiris bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit minyak masak

Bahan G:
- Salad & timun
Cara membuat:

1.  Panas minyak sapi dan marjerin di dalam periuk, lalu tumis hirisan bawang, halia, rempah, daun pandan, dan daging ayam hingga naik bau.
2.  Kemudian masukkan beras dan goreng selama 1 minit.
3. Masukkan air rebusan ayam serta stok ayam Maggi (sukatan air mengikut berapa banyak beras)  dan biarkan masak.
4. Sambil itu boleh lah goreng ayam yang diperap dengan sos tiram serta kicap manis hingga garing.
5. Untuk sup, tumis bawang, bawang putih serta halia dan masukkan lebihan air rebusan ayam serta masukkan sup bunjut.  Tambahkan garam atau stok ayam.
6. Untuk membuat sos, kisarkan semua bahan E kecuali sos cili. Masak diatas api perlahan bahan kisar tadi dengan sos cili tersebut.
7. Bahan kicap, tumis bawang dan bawang putih lalu masukkan sedikit air serta kicap manis dan stok ayam.
8. Setelah semua siap, hidangkan Nasi Ayam mengikut kreativiti anda.

Tuesday, January 11, 2011

Perubatan


- Jilatan garam sebelum menghadapi makanan atau juadah akan mengelakkan manusia dari 72 jenis penyakit iaitu antaranya ialah kusta dan sopak.


- Meminum air dengan gelojoh mendatangkan penyakit kepada hati. 


- Memakan tembikai sebelum masa makan dapat membersihkan perut dan mengeluarkan penyakit dari akar umbinya.



- Makanlah Labu kerana ianya meningkatkan akal fikiran.
                                                  



(Sumber dipetik dari BukuPerubatan Nabawi dan Perubatan Tabii'ie tulisan Zabidi Hj.Nawawi)






KESIHATAN DAN ANDA:  RAWATAN REFLEKSOLOGI - Membantu memulihkan sistem tubuh badan.  Lihat fakta secara ringkas tentang kelebihan rawatan refleksologi atau rawatan urutan kaki:

  • Melancar pengaliran darah.
  • Meningkatkan daya tahan seseorang.
  • Mengurangkan risiko osteoporosis atau reput tulang.
  • Keseimbangan kedudukan badan.
  • Melancarkan pergerakan dan menguatkan otot kaki.
  • Membantu mengurangkan risiko kencing tidak lawas.
  • Mengurangkan risiko sakit sendi.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Menguatkan tulang serta pinggul.
  • Mengurangkan kesakitan sakit-sakit sendi.
  • Mengurangkan rasa letih badan.
  • Baik untuk usus.
  • Bagi wanita ia dapat mengurangkan masalah pada bahagian peranakan.

Sunday, January 9, 2011

Tempat-Tempat Menarik: Air Terjun Chiling (Selangor)

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bahru

Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Air Terjun Chiling atau Santuari Ikan Sungai Chiling memang tidak dapat dilupakan.  Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS (susur keluar Lembah Beringin), dan lebih kurang 20 minit dari susur keluar ke Kuala Kubu Bahru.  

Air Terjun Chiling adalah salah satu air terjun yang popular di Selangor tetapi agak sukar untuk tiba ke destinasi kerana terpaksa melalui perjalanan selama 1 jam dan menempuh 5 kali sungai adalah cabaran yang harus dilalui bagi para penggemar aktiviti melibatkan alam semulajadi.  

Info Makanan Kesihatan: Bakteria Baik (Yogurt)

Anda suka makan Yogurt? Tak tahu Yogurt itu apa?  Hmmm...Kalau anda semua nak tahu, Yogurt mempunyai pelbagai kebaikan untuk sistem tubuh badan kita.  Terdapat pelbagai jenis Yogurt dipasaran dengan pelbagai perisa yang boleh anda amalkan.  Makanan berusia 2000 tahun ini mengandunig nutrien yang dapat menguatkan antibodi badan serta membantu tubuh menghadapi masalah kesihatan yang ringan seperti sakit perut dan juga masalah selsema.  

Yogurt juga dikenali sebagai Bakteria Baik yakni jika diambil setiap hari sebagai diet harian ianya dapat menghapuskan Bakteria Jahat.  Yogurt kaya dengan kalsium dan seperti mana yang anda tahu, kalsium sangat baik untuk tulang.  Yogurt boleh dimakan bersama buah-buahan, kekacang, kismis, aiskrim dan sebagainya mengikut selera anda.  Jangan tak tahu, yogurt juga boleh dijadikan sebagai makanan untuk anda menguruskan badan kerana khasiatnya dapat mengeyangkan dalam tempoh yang lama selain mengandungi protein yang tinggi dimana dapat memberikan tenaga sepanjang hari. 






Pelbagai Petua: Mudah & Berkesan

Petua-petua yang mudah diamalkan dan berkesan.  Silalah mencuba.

Petua menghindari penyakit:
  • Bagi mereka yang sering sibuk dan terlupa mengamalkan makanan kesihatan tambahan atau pun terlalu mahal, boleh cuba petua ini dengan makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. InsyaAllah ia akan dapat menghindari penyakit dan ia juga dapat membersihkan jantung serta paru-paru kita.
Petua mencantikkan bibir:
  • Sebelum tidur, sapukan bibir anda dengan sedikit ubat gigi. Biarkan semalaman sebelum dibasuh keesokkan harinya.  Ataupun jika terlupa, semasa mandi sapukan bibir dengan ubat gigi selama 3 minit dan basuh.
Petua mencairkan lendir di kahak:
  • Caranya ialah dengan memakan buah Anggur 3 kali seminggu. InsyaAllah kahak akan cair.

Saturday, January 8, 2011

Pelbagai Resepi: Triffle Pudding

Ramai orang yang suka Puding, termasuk juga saya.  Jadi saya ingin kongsikan resepi pertama saya iaitu Triffle Pudding.  Puding ni sangat ringkas dan senang untuk dibuat, bahan-bahan pun mudah didapati.  Boleh dibuat hantaran atau tempahan untuk majlis-majlis keraian. 

Bahan-Bahan

Bahan A
  •   5 potong Swiss Roll Kek
  •   Sedikit buah-buahan koktel
Bahan B
  •  1 kotak Agar-agar Perisa Rasberi & 1 kotak Perisa Mangga ( Keluaran Nona)
Bahan C
  • 2 sudu mentega
  • 1 1/2 sudu gula pasir
  • 40 gram tepung kastad
  • 1 cawan air
  • 1 tin susu cair
Cara Membuat:

  1. Kek yang dipotong nipis-nipis 1/2 inci disusun ke dalam sebuah bekas.  Lebih elok jika menggunakan bekas plastik yang lutsinar. 
  2. Bancuh agar-agar perisa Rasberi dengan 2 cawan air panas dan curah perlahan ke atas kek tadi hingga. Biarkan sejuk.
  3. Satukan kesemua bahan C tadi dan masak dengan api perlahan sehingga pekat.  Harus dikacau sentiasa agar tidak berketul-ketul.  
  4. Bila kastad tadi telah masak pekat, tutup api dan tuangkan perlahan keatas lapisan agar-agar Rasberi tadi dan tunggu sejuk.  Letakkan buah-buah koktel.  Biar sejuk.
  5. Akhir sekali, bancuh agar-agar perisa Mangga dengan 2 cawan air panas dan curah perlahan ke atas lapisan kastad tersebut.  Tunggu sejuk dan simpanlah didalam peti sejuk.
Gambar sekadar hiasan

SELAMAT MENCUBA