Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bahru
Pengalaman pertama menjejakkan kaki ke Air Terjun Chiling atau Santuari Ikan Sungai Chiling memang tidak dapat dilupakan. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya PLUS (susur keluar Lembah Beringin), dan lebih kurang 20 minit dari susur keluar ke Kuala Kubu Bahru.
Air Terjun Chiling adalah salah satu air terjun yang popular di Selangor tetapi agak sukar untuk tiba ke destinasi kerana terpaksa melalui perjalanan selama 1 jam dan menempuh 5 kali sungai adalah cabaran yang harus dilalui bagi para penggemar aktiviti melibatkan alam semulajadi.

No comments:
Post a Comment